Friday, 12 September 2014

KURTI

Assalamualaikum. Fuhhh. Lamanyaa rasa tak update blog nie. Busy dengan semester baru laa sangat kan. Biasa laa. Tambah plak ada business nie. Fokus kat study dengan business jeala. 

Hahh cakap pasal business. Nie hah nak habaqq maiii. Sini YH Wardrobe ada jual kurti ! Trending kann sekarang. Boleh pakai g kelas. Pakai dengan skirt, jeans semual boleh hahh. Nahh usha mana yang still available. Stock serious limited sebab terlalu laku. So cepat2 laa yea. 












Yang masih available : 
SB05- M
SB06- S
SB07- S/M
SB09- M
SB35- S/M
SB36- M/L
SB03- S
12- S/M
SB25- S
SB27- S
SB30- S
SB13- M
SB15- S/M
SB37- S
SB10- S/M
SB18- S

Hahh. Cepat2. Rugi tauu tak beli. Material dia sangatt best. 

 
Hahh. Tuh dah citer detail pasal material. Nak tanya apa lagi? Size plak?? Don't worry. Sini kitaorang dah sediakan measurement sekali.


Hahh. Senang kann. Semua kurti nie datang dari India yea. Original India made. Heee 😁



Hahh. Nie dia feedback dari customer2 kitaa. Cantik kann. Rugi kalau tak buat one of the collection korang. Hekhek. Nanti tak laa sakit hati bila tengok orang lain pakaii. Yee dopp. Heeeee. 

Nak lagi jelas. Boleh laa whatsapp Hasnie 0174106525 or Nadia 0139081278

Ingat yeaa. Stock limited ! 

Fast and grab it first girls 😘

Sunday, 8 June 2014

InstaShop

Assalamualaikum semuanyaa. 

Entry untuk hari nie setelah sekian lama aku menyepi adalah pasal instashop. Yess, Alhamdulillah berbekalkan sedikit modal aku telah buat partnership dengan member aku untuk buat business online. Dah nak dekat 3 bulan dah. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah lagi semuanya berjalan dengan lancar. Dah macam2 produk yang aku dah jual, for sure semuanya barangan perempuan laa. Tudung, kebaya kimono etc. Most of it tudung laa. InshaaAllah ada rezeki lebih lagi nak buat palazo sendiri plak. Hekhek. 

Setelah terhenti seketika business sebab final exam, now dah habis dan kitaorang baru jea released produk baru kitaorang iaitu Bawal Design Saree dan Batik. Seriously rare. Aku pegi jenjalan memana pun tak pernah nampak lagi orang pakai okee. 









See? Cantik kann. Kalau korang nie jenis yang suka kan keunikan. Nak lain dari yang lain. Nie laa solusi dia. Aiceyhhh. Ahahaha. Kain yang selesa dipakai dan mudah dibentuk. Malah tak perlu susah payahkan diri nak iron. Mudah dan senang. Advanced information untuk Bawal Design Batik (3 gambar teratas) ia dijahit dan dihiasi dengan benang emas yang membuatkan komee komeee tampak lebih exclusive. Nampak cam tudung mahal taraf harga tudung Elfira Loy kauu jahhh, sedangkan harga mampu milik okeeee 😘

Seriously berbaloi. 

 
Aku owner dia. Opokoss laa aku pun ta nak ketinggalan. Alaaa, boleh jea pilih corak yang sama. Paling2 pun yang pakai sama dengan korang aku jea. Hikkhokkk. 

 
One of our customer yang dah grab awal lagi. Hoho. 

Limited stock ok ! Exclusive design ! 1st come 1st serve. Trending now kauu jahhh. 

Berminat? Boleh laa PM aku dekat FB : Siti Hasnie

Or 

Whatsapp : 0174106525/0139081278

Or

Email : sitihasniesalleh@gmail.com



Note kaki tempek skit : semalam aku g mall pakai Bawal Saree. Ada jea yang tanya, beli mana? Hohoho. 

Opokoss laa nak kena bagitau. Marketing strategy kann 😁


More details visit IG : yhwardrobe

TQ. 

Tuesday, 6 May 2014

Aku merapu.

Tetiba. Suddenly. Out of sudden. Tangan nie. Rajin sangat nak menaip. Otak nie. Ligat plak berfikir. Mungkin ada something nie. Mungkin. Hmmm. Tapa laa. At least aku ada benda yang nak dibuat. Aku ada benda nak bagi korang baca. Dari aku dok bukak wechat tutup bukak tutup bukak. Sampai wechat pun dah pishangg dengan aku. Yaa. Aku pengguna wechat yang amatt amatt aktif. Aktif sangat. Yaa. Aktif. Aku jamin. Sesape yang friend aku. Post aku jea yang penuh at moment dia. Lantak. Tak suka? Rimas? Mohon block. Mohon unfriend. Skit pun aku tak kisah. Wechat aku. Suka hati aku laa. Wechat aku. Hanya orang berkelayakan jea yang boleh memasuki dunia wechat aku. Siapa? Berkelayakan = tak dikenali. Yaa. Sebab. I've all my privacy there. Sedara, sepapat, kawan. Not allowed. Except yang tertentu. Aku tapis. Kalau yea pun aku except. Tapi aku akan hide. Nanti dikatanya lupa kawan plak. Aku nie berhati limpa jugak ok. 


Pic nie. Trademark aku nak something. Mengada kan? Kisahh plakk. Janji comel. Macam aku. Tapi aku menghupdate nie. Bukan nak citer pasal wechat aku. Tak. Aku nak citer aku main pingpong tadi. Setelah sekian lama. Act tak jugak. Tapi tapa. Korang baca jea. Ta nak? Mohon tekan tanda pangkah di atas. Tak puas main. Sebab ada yang mengacau. Dah laa susah giler aku nak dapat pegang benda alah tuh. Tapa laa. Bakat aku biar jadi legend. Zaman muda Hasnie *tengok langit sembil minum teh o panas* 

Ok. Aku nak citer pasal something. Something yang mengacau minda aku. Something tuh dia macam buah mempelam yang tak dimakan dengan kuah rojak. Sungguh tak nikmat. Ok. Tada kaitan. Aku cakap pasal buah nie sebab sambil menaip sambil aku makan buah. Sambung. Straight to the point. Aku jenis tak gila like. Sebab tuh aku suka wechat. Macam tadak sapa kacau life aku kalau aku kata teruk2 pun. Ehh. Tetiba masuk wechat balik. Aku nak cakap aku suka wechat sangat. Dah laa banyak sticker. Sticker yang melambangkan semua situasi. Reaksi. Mood. Aku suka wechat. Kbye. Sambung balik. Aku nak cakap pasal jodoh. Ramai sangat membe2 aku yang dah kahwin. Tahniah. Suka aku tengok korang. Tapi aku bukan nak cakap pasal aku. Tak ok tak. Cuma aku nak cakap pada yang berkenaan. Bukan aku tak nak approve. Bukan aku tak nak add. Bukan aku tak nak layan. Past is past. Jangan diungkit lagi. Kisah aku dengan kau, kau, kau, kau, kau dah jadi sejarah. Kenangan zaman kanak2. Aku tak matang lagi. Aku tak cukup bijak lagi masa tuh. Pegilah. Bukak mata. Bukak minda. Ramai lagi. Jodoh Allah dah tetapkan. Bukan aku sombong. Cuma tak nak bagi harapan. Tapi. Memang aku sombong pun. Nie untuk sesape yang tak kenal aku. Aku sombong ok sombong. Bye. Ok. Bukan apa. Sebab pernah aku nak ok. Tapi. Korang plak buat hal. Aku dah anggap kau kau kau tuh kawan. Kawan sahaja. Tapi dah kenapeee kau tuh dok suruh aku tunggu kauu. Dok kata rindu aku laa. Dok kata aku dah tak sayang kauu laa. Mendeee gilerrrr. Hahhh kau jahhh. Makk jemah dah ngamukk. Tolong fikir yea. Tolong. Belajar pandai2. Cari keje yang bagus2. Simpanan cukup. Ilmu pun dah cukup. Zahir batin dah ready. Hahh, time tuh. Kau kau kau kau anyone jeala. Petik jari jea, zuppp. Dapat. Ok tipu jea. Ada jodoh ada laa oii. Hahh. Bape kali nak ulang. Kauu jahhh. Melampau. 


One more. Aku nak cakap aku ada business online sekarang. Perempuan sahaja ok. Aku pun nak cari makan. Nak cari duit sendiri. Sudah2 laa mak bapak aku tanggung aku. Even diorang still kena bukak dompet lagi untuk aku. Huhu. At least. Kurang beban. Mana2 girls, boleh laa visit IG : yhwardrobe. Nak IG aku? Kauu jahh selongkar jea IG instashop nie. Nanti dapat laa hokk owner nyee. 

Orang cakap. Sape yang dah nak kahwin. Nampak seri. Uollss nampak at iolsss tak? Aherher~~

Saja gedik. Aku sayang mak ayah aku. Biar seribu kali aku ucap. Biar berjuta kali aku tulis. Aku sayang mak ayah aku. Sayang. Kot nanti aku dah tada. Diorang bukak blog nie. At least diorang tau aku sayang diorang. Sebab aku tak pernah sebut at mulut. 

Aku sayang hang jugak. Kawan2. Bye. 

Monday, 5 May 2014

£&(@/£#*=€+{€€}

05/05/2014, Isnin.
Sedang aku lena dibuai air liur basi pada waktu petang, "dammmm, dummmmm, trummmm, grrrrr" (tipu bunyi guruh camtuh). Terus aku terjaga. Sumpah kuat gilaa. Sumpahh. Celik saja mata. Terus aku terlihat peserta kilauan emas. Ok memain. Kilauan kilat sambar menyambar. Macam artis tengah buat photoshoot at luar rumah. Ta kan laa tetiba ada artis nak photoshoot at flat murah aku nie. Tada class uollsss. Ok sambung. Aku nie. Penakut. Takut kilat. Takut guruh. Bukan takut biasa2. Tapi takut sungguh2 punya takut. Mohon faham takut aku macam mana. Sebab aku nak gtau yang aku takut. AKU TAKUT ! Ok. Over sejenak. Dah laa dengan baru bangun, mamai2 lagi. Air liur basi pun aku tak sempat nak sedut balik. Terus air mata aku mengalir. Yaa, aku nie childish skit. Err, banyak skit kott. Macam baby2 or kanak2 comel yang bangun dari tido terus nangis. Hahh, Hasnie pun camtuh laa. Comel jea. Tapi aku tada laa bunyi2. Cuma air mata jea yang mengalir. Nasib baik housemate aku tak bukak lampu. So diorang tak nampak laa. Kalau tak. Jatuh saham kejantanan ceqq nieyh. Lama sungguh. Kilat, guruh. Kuat sangat. Aku sampai terfikir jauh. Nak kiamat kah? Sudah penghujung dunia kah? Petanda Dajal turun kah? Dunia sudah nak berkecai? Allah :'( Perasaan takut yang amat sangat. Tuhan saja yang tau. "Dammmm dammmm" (aku tatau eja sound effect guruh). Terus automatik tangan aku grab tangan housemate aku. Mengada? Suka hati aku laa ! Takut ada faham??! Dia pun faham aku. Terima kasih. Sebab aku tau. Dia pun takut jugak. Kalau sesiapa yang tak takut tuh. No komen. Samada dia tak pernah fikir mati or pape jeala. Aku tiada hak nak menilai. Mungkin dia kuat. Mungkin. 

Aku tatau selama mana "pertunjukan" itu berlangsung. Yang aku tau. Aku takut. Sepanjang itu lahh. Aku berzikir. Non-stop. (Baru sekarang terhegeh2 nak zikir bagaii, sebelum nie haremmm. Manusia). Time tuh jugak laa aku berfikir. Jika betul itu tanda pengakhiran dunia. Allah, sempatkah aku nak buat solat taubat sekarang? Sempatkah aku untuk menyatakan aku bersyukur dengan segala nikmatMu? Sempatkah aku untuk mengqhada kembali solat2 yang selama ini aku tinggal? Sempatkah aku nak cium peluk mak ayah aku, cakap aku sayang diorang sesangat? Sempatkah aku meminta keampunan diorang? Allah. Sumpah. Sumpah aku rasa aku nak sujud mintak keampunanNya time tuh jugak. Even aku tak boleh (perempuan punya hal laa). Lama. Last2. Baru laa hujan turun dengan lebat. Lebat sangat. Sampai aku tatau ke mana terbangnya baju kemaja sehelai yang aku sidai dua hari lepas. (Aku lupa nak kutip. Sehelai tuh jea pun. Terbang mana laa hehhh. Aduhmakk). 

Cakap over. Feeling over. Kesedaran tuh? Time susah tuh jeala nak sedar. Lepas tuh. Zuppp hilang. Ganti lagi dengan kelalaian duniawi. Manusia. Macam aku. Tak kan pernah sedar diri. Sampai kiamat betul2 menjelma nanti. Baru ada akaii !!!

Allah. Jauhkanlah aku dari Setonnnn. 

Setannn gemukkk setan kurusss (pengaruh majalah ASUH) setan gondol setan pusat tersembul setann sadoo. Nyahh kau dari hidup. Syuhh syuhh syuhh. Aku benci kau. Kbye. 

Wednesday, 22 January 2014

Starting

Assalamualaikum salam dihulurkan kepada ladies and gentleman. 

Haishhh, the truth Hasnie memang seorang yang pemalas. Actually sekarang pun tengah malas nie, seriously tada idea langsung nak update apa at blog. Rasa cam nak bubarkan jea blog yang ta berguna nie. Tapi sayang gilerr. Ada lagi ke loyal reader aku. Hohoho. Nyahhh kau perasann. 

Ok sekarang aku dah habis pun sem 1 dengan agak tidak jayanya. Yeayyy. Tapi Alhamdulillah laa tada jadi kemalangan pape at aku, cedera ka, patah tangan kaki kaa apa kaaa. Tadakk tadakk. Aku cun melecun lagi, cuma tuh laa ann muka aku nie tengah dalam proses perubahan hormon, dok maii dah hudoss dy. Pape pun aku terima dengan sabar, nak cantik kena sabar kann. Hikkhokkk. 


Baju army !!! Now trending tau army2 nie kau jahhh jangan melepas. Aku nak buat collection baju suar tudung spender. Kbyeeee. 


Okeyh, for sure aku dah dapat loan dari MARA and aku dah habiskan pun. Wahhhh, Hasnie is so great ! Loan banyak tuh boleh habis ta kurang dalam masa sebulan lebih. Yeayy. Memang pemboros kawan setan betul Hasnie nieyh. Haishhh. Mak wa tau mak wa kasi potong sama wa maaaa lenn chaiii. Errrr, sheeramm nieyh (adiputra). 

Habis sem satu dengan penyudah nya yaa aku tau result aku akan gempakk gilerr babenggg. Arghhhhh, ta sabar nak tunggu result kuar then tunjuk at mak then kena lempang. Ahakkzz. 

Azam sem 2 nak usaha harder and harder and hangeeettt. HHTA aka hangat hangat tahi ayam. 
Bak kata junior aku, robohkan KLCC sebab dy dah banyak terima duit poket aku, yeayy. 

Haahh, cuti sem nie aku ada balik Kedah kejap melepaskan apa yang patut dilepas yang sebelum ini ta terlepas2 sebelum melepas. Seminggu jea balik, then balik KL balik sebab dikatanya laa kann, dikatanyaa nak cari keja laa pa laaa ann, tapi hangettt. And for sure nak settle hal rumah sewa nie bagi habis. 

Benci orang cakap keling and perangai setan. Kbyee. 

Ehhh2 aku ada jumpa rosyam nor and rita rudaini tauuu at Amanjaya Mall. Hahhh gituh kau jahhh. Buat jakun bentar. Yealaa, selama aku stay kl nie aku ta pernah lagi jumpa artis selain dari A Samad Said. Citer nyee ginie, plann punya plann dengan besties aku, Amira Rushidi


Dy ajak g tengok citer balistik. Aku actually kalau nak layan movie malay at panggung nie susah skit, tapi aku ikutkan jugak lea asalkan leyh jumpa yuyunk aku nieyh. Dy cakap laa dy nak duduk sebelah Rosyam Nor. Aku ingatkan dy memain aww, then aku pun nak kencing2 jugak r. Aku pun cakap kata ta leyh Rosyam kena duduk sebelah aku. Then dy cakap ok bagi fair duduk tengah2, aku cakap tamau sebab aku nak buat tamak. Dy kata ok hahh amik laa amikk laa. And now aku rasa aku ta perlu pun nak citer details pasal benda remeh sekentut nie. Atas dasar malas nak tekan button delete banyak2 kali, aku putuskan untuk just let it be. Lantak korang laa nak baca ke tidak, ada aku kesahh hahh. Sedihhh(michaelAng). 

Ehh, aku minat dengan Michael Ang sekarang tauu. Kbyeee. 

Then sampai2 jea at mall tuh baru aku tau yang Rosyam Nor betul2 datang. Wa ingat membe wa kencing wa bro. Ini manyak langsii maaa. Masuk2 wayang jadi jakun over excited nak masuk longkang terjun parit dalam. Nampak laa Rosyam dengan Rita tengah buat modeling camera at depan tuh, cahaya flash sambar menyambar, sana sinie. Arghhh, mataku silau. Terlalu ramai manusia yang mengsnap klik klik klik. Aku stress, arghhhh. Aku turun tangga dengan ghairah sekali dengan heels skali dengan hengpongg skali dengan senyuman terkinja2 keghairahan sekali. Finally,  


Yaaa, orang yang tolong snap pic ini amat tidak ikhlas sekali yaa. Itu pasal muka aku hudoss (ta nak ngaku memang hudos). Hanya untuk seketika then diorang pun blah. Itu jeala. Not interesting pun. 

Ok, masa balik rumah mak aku buat tachink dengan aku sebabnya aku balik ta pernahnya nak lekat at rumah. Katanya, "hmm, balik pun tada apa. Ta spend time langsung dengan mak.....bla bla bla bla..." Okeyh mom, adik ada at rumah pun adik boleh buat apa? Mak bukan ada pun nak spend time dengan adik. Adik keluar dari bilik duduk depan tv pun mak ta sembang dengan adik. Kbyee. Ta nak citer pepanjang pasal benda nie. Hoho, tatau bila plak aku nak balik. Aiceyhh, buat teruk. Bukan apa, aku lebih selesa at sinie. Tada orang ganggu. At rumah tuh ada sekor malaria gilaa dapat penyakit denggi sampuk dengan aids. Kbyee. 

Ehhh, Hasnie bukan kata tada benda ke nak story tadi. Ahahaha. For sure bila dah bercakap bila dah berfikir Hasnie gilaa. Hikkhokkk. Happy balik harituh sebab boleh jumpa sume yang aku sayang, not sume laa, major. 










And last,


Ahahahaha, kbyeeee. 😘